Read this before FOLLOW my blog, i will delete rude people.TQ.

..ATHIRAH AL QUDSY..
Assalamualaikum, nama saya Siti Athirah Al Qudsy, memang pelik nama saya sebab saya berketurunan Arab . Saya Tinggal di Cheras Bandar Tun Hussein Onn dan di lahirkan di hospital Besar Tuanku Ampuan Rahimah,Klang. saya seorang yang simple,tak kesah kan orang,selfish,pendiam,dan happy go lucky. Jika anda ingin berkawan dengan saya, sila lah follow jika tak suka kan saya tolong jgn singgah blog saya. Saya tidak suka kan orang yang ingin mengambil tahu pasal life saya, setakat tahu nama saya, tinggal di mana pun sudah cukup,sebab ianya akan merimaskan saya. Saya suka orang yang hormat kan saya, dan seorang yang kelakar. Saya paling tidak suka orang yang ingin mengambil kesempatan ke atas diri saya setakat nak berkawan dengan kawan2 saya yang lain,orang mcm ni boleh lah BLAH dari hidup saya.Okay,sekian terima kasih .

Follow me if you can be nice to me :]

XOXO


Scrollboxes

Girl with ribbon

Saturday 11 June 2011

Nama saya Athirah ...

di tulis oleh athirah at 05:24 0 xoxo
Hye ! Nama Saya Athirah ...
Neh video time last year, time neh baru knl Holic . yang suke interview orang tuh Peakay name dia. dan dan...yang perkenal kan diri dia tuh bro, kitaorang panggil dia bro, sbb die lagi tua dari kitaorang.dia sgt best dan suke berak! haha :D tyme neh dkt IOI MALL kulai,jb...stubborn ad perform .

Friday 10 June 2011

Home sweet Home ♥

di tulis oleh athirah at 21:51 0 xoxo
Assalamualaikum and good morning :) 
Bangun je dari tidur, terus aku pergi basuh muka dan capai laptop . Haha . 
Hari ni aku bangun sangat lambat ok, sbb semalam aku balik dr rumah aunty aku dkt melawati dalam pukul 1pagi jugak la nak dekat pukul 2 pagi .
Actually, aku baru je balik dari johor bahru semalam , rindu sangat dekat rumah aku. haha . Baru je berapa hari dah rindu :P .
Semalam aku bertolak dalam pukul 9 pagi, dekat terminal larkin tuh punya ramai orang semalam.pagi2 dh ramai orang,sampai je dekat terminal , dah pk dah..ada ke ticket nak balik kl ni ? ish memang takot gak kalau tak da ticket.cari2 semua ticket 9malam la..and kebanyakan semua malam la..aku sampai sana 8.30pagi, tak kan aku nak tunggu sampai ke malam kot.gila apa. haha . sekali aku dengar konduktor bus cakap ,KL KL KL KL...aku apa lagi...terus pergi dekat situ, tanya lah.."Bang! bus ni nak ke kl ke?pukul berapa?" abg tu pn jawab "Pukul 9pagi dikk,..haah ,bus ni terus berhnti ke bandar tasik selatan." OMG ! yess ! ada jugak bus pergi kl pukul 9pagi. apa lagi..aku pun terus bayar and naik bus...


Sampai KL, dalam pukul 12 tengah hari,nak kol sabri..mesti tidur lagi,memang xla dia nak amik aku..malas plak nak kacau dia..then aku pun try kol mak aku..
Setibanya mak aku, terkejut gak aku,ada orang lain dalam kereta..eh eh..sape tuh??teka aku...
masuk dalam kereta, rupanya nek wan ada lah! oh ! rindunya dekat nek wan :)
memang dah lama jugak aku tak jumpa dia. Mak aku cakap, sedara mara aku datang kl minggu lepas, diorang semua ada dekat melawati rumah aunty aku ,...memang best la kan :)


Lepas ambil aku, mak aku bawak gi makan dekat papa rich dekat rumah aku tu, then lepas makan terus aku balik rumah. Rumah aku dekat bandar tun hussein onn ,cheras. Tak jauh dari trminal bandar tasik selatan tuh..
Dah lama dah aku duduk bandar tun hussein onn,nak dekat 13tahun lebih jugak aku stay sini . If sapa2 yang stay bandar tun hussein onn, jom jumpa ! hihi :) 

Sampai je aku dekat rumah, terus aku naik atas, and tido..haha. bangun dalam pukul 6lebih jugak,bangun tidur aku online jap, tapi connection xbagus sangat semalam, aku tunggu gak..memang sangat lembab ok..aku pn biarkan lah laptop terbukak ..haha, masalahnya aku plak pergi rumah mak cik aku dekat melawati tuh jumpa sedara aku.balik je penuh dengan notification dekat fb tuh, skype pon tibe2 elok balik. hahaha.


Now hari sabtu, aku xda apa plan lagi dengan family aku :) harap2 hari ni ada la activity nak buat.sebab aku balik ni pn nak jumpa family and jalan2 dengan diorang :)
oklah, nanti aku update lagi k kawan kawan. thanks sudi baca blog aku yang boring neh..:P


asslamulalaikum  :)

Wednesday 8 June 2011

Sahabat :)

di tulis oleh athirah at 23:30 0 xoxo
Salam and selamat tengah hari korang , hope hari ni korang sihat and happy selalu ya .. :)
entry kali ni aku nak cerita pasal sahabat . Apa tu sahabat bagi korang ? sometimes manusia ni perlukan sahabat untuk menceriakan hari diorang, ada pula gunakan perkataan "Sahabat " sebagai kuli diorang,pergunakan diorang je, ada pula betol2 ikhlas untuk sahabat sampai mati, ada pula cakap sahabat ni boleh kita kongsi semua susah senang dengan dia,ada pula gunakan sahabat diorang untuk kepentingan diorang. haha .macam2 hal di dunia ni aku tgk .


Ok , now aku nak cerita dekat korang, apa itu erti persahabatan bagi diri aku . Sahabat ialah seorang rakan,teman ,kawan yang boleh buat hari2 aku ceria,best, and sempurna ,tanpa sahabat memang tak lengkap hidup aku.Dekat mana tempat aku pergi, mesti aku akan cari sahabat untuk aku berborak,kongsi masalah,keluar bersama dan macam macam. kalau boleh, sahabat ni aku anggap macam family aku yang ke dua dalam hidup aku. If korang ada bf sekali pn, korang tak kan dapat kongsi masalah korang semuanya ngn bf korang rite? so, bila ada nya sahabat , kita dapat kongsi semua masalah kita dan juga kan dpt pendapat dari diorang tentang masalah yang korang ceritakan. Hidup aku mempunyai ramai sahabat yang betol2 baik and bermakna bagi diri aku . Sahabat aku ni,kalau boleh ,if aku susah sekali pon, diorang akan tolong walaupon bende tu akan menyusahkan diorang  dan ada juga sahabat yang memang untuk pergunakan aku untuk kepentingan diorang. haha.itu memang aku xkan panggil korang sahabat la lepas tu. Banyak tempat yang aku pergi , alhamdulillah, aku dapat kawan yang baik baik belaka. thanks korang . I Love u all So Much ok .


Ni lah kawan2 aku yang sentiasa menceriakan diri aku :) :- 

 Saya dengan Stubborn and Classmate :)


Ni merangkap "Twins" saya ok, ada macam MARY KATE and ASHLEE x ? :P


My ex Housemates , sayang gile dekat diorang

Actually banyak je gambar tapi ada dalam pendrive la..and sgt malas nak pegi ambil . haha . Bye2 . Nanti aku  edit balik la kalau dah jumpe k :) 
 
Created by Tyraalqudsy.blogspot.com
XOXO